Thursday, July 22, 2010

TERLAKAR SATU SEJARAH DALAM TAKWIM REJIMEN 511

Pada 1hb-5hb Julai 2010..aku berangkat ke kuching untuk menghadiri Perbarisan Perpisahan Komander yang dijadual pada 4hb.Julai 2010.Lapor pd 1hb dan pada 2hb raptai perbarisan dan persiapan untuk perasmian Galeri Komander,satu lagi sejarah baru terukir dalam diari kehidupan ku sejak bergelar Leftenan Muda ni...Asalnya hadir perbarisan..tiba2 di tugaskan sebagai juruacara pulak..bengong bkn kerana tidak bersedia..mlh tugas sebegitu mmg sudah lali bagiku,cuma untuk kali ni aku terikat dgn protokol..nak siapkan skrip bkn sekali atau dua tiga kali terpaksa dirombak..sampai berhelai2 kertas terbuang di sebabkan protokol..hr pertama salahnya lain,hari kedua pun sama,hr ketiga aku dah mula sebal..sampai ke harijadi pun skrip terpaksa di ubah lagi...syukur pengalaman aku selama hari ini mengajarku supaya tdk menggelabah..lega satu tugas dah selesai..tetiba ade tgs lg di saat akhir..adush rasa mau lari..tp nak lari kemana?mau tak mau aku tpksa galas tgs yg sama...jd juruacara perasmian Galeri Komander sebelah petangnya...syukur skrip ni simple..lega namun ade stu lgi tgs berat menunggu..juruacara Makan Malam Beradat(Rejimental)lgi lah aku gelabah..protokol oh protokol..asalnya aku di ganding kan dgn Kapten Mohd Lokman(Ajutan Rej.511)saat akhir Timbalan Komander tak berkenan dgn cara dan suara beliau...adush keptusanya aku dibiarkan berseorangan mengemudikan majlis se Gah itu di saat2 akhir...wawawawawa huhukukuk...aku redha..kate org umpama pergi berperang,itu adalah arahan maka aku galas juga,nak dijadikan satu cerita..Alhamdulillah tetiba Kapten Farah(drpd 3 Briged)sudi menemankan aku..dadaku kembali lapang..menemankan aku pun kira sudah lega wlupun sekejap waktu...syukur sehingga ke akhir majlis aku berjaya menjalankan tanggungjawabku..sebagai MASTER OF CEREMONY...3 ACARA TU jgn main-main...kepada semua yg terlibat terimakasih banyak2..ini perbarisan pertamaku sejak ditauliah Leftenan Muda,ini tgs pertamaku dan ini kehadiran pertamaku di majlis makan malam rejimental..ckup utk ku kenang dan ape yg paling manis adalah ucapan syabas dan terimakasih daripada Timbalan Komander melalui telefon bimbitku...terasa seperti dihargai...syukur!!!
Pada o4hb Julai 2010 stu sejarah telah terukir dalam takwim Rejimen 511 Askar Wataniah,di mana pada tarikh tersebut telah termeterai satu memorendom rasmi iaitu upacara menandatangani nota Serah Terima Tugas Komander,selepas 11 tahun tampok Rejimen 511 dipegang oleh brigedier Jeneral Tan Sri Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Datuk Hj Hussain kini sudah tiba masanya pemerintahan Rejimen menerima suntikan daripada orang baru iaitu Yang Berhormat Leftenan Kolonel Datuk Amar Hj Morshidi bin Abd Ghani yang juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.Upacara telah dihadiri oleh Brigedier Jeneral Datuk Fazzrurahman Asisten Panglima Pasukan Simpanan dan Bregedier Jeneral datuk Ramli Jaafar Panglima 3 Briged,Perbarisan Dimulai dengan pemeriksaan barisan,ucapan,tandatangan nota serah terima tugas dan akhir sekali Serah tongkat Kuasa..perbarisan berakhir pada jam 11.30 pagi,Pada sebelah petang perasmian Galeri Komander manakala pada sebelahm alamnya pula adalah Majlis Makan malam Rejimental bertempat Di Riverside Majestic Hotel Kuching.

Monday, February 22, 2010

PEMAKAIAN PANGKAT











Pada 20hb februari 2010 rasmilah sudah aku ditauliahkan pangkat Leftenan Muda yang mana majlis pemakaian telah di sempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Datuk Amar Hj Abd Aziz bin Datuk Hj Husin sempena Perbarisan Perpisahan beliau sebagai Komander Rejimen 511 Askar Wataniah bertempat di stadium Majlis Daerah Saratok,tiada perkataan yang dapat ku lukiskan untuk menggambarkan perasaan aku ketika itu,hanya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat aku nikmati anugerah yang begitu istimewa pada hari tersebut....pentauliahan itu berkuatkuasa pada 14 januari 2010,terimakasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan perbarisan tersebut berjalan dengan lancarnya.

Tuesday, February 16, 2010

Akhirnya....

Pada 07.02.2010 telah menerima perkhabaran gembira daripada Bahagian Pengambilan Sukarela Kuala Lumpur bahawa aku dan seorang kawan ku telah lulus dalam temuduga tauliah baru-baru ini dan tidak berapa lagi akan di tauliahkan ke pangkat leftenan Muda,cuma menunggu surat rasmi daripada BPS yang akan dihantar ke unit masing-masing.Alhamdulillah satu penantian telah berakhir dengan kejayaan....kepada kawan2 yang sering memberi sokongan termakasih banyak2.semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk kita lebih memajukan diri di masa akan datang.