Pada 20hb februari 2010 rasmilah sudah aku ditauliahkan pangkat Leftenan Muda yang mana majlis pemakaian telah di sempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Datuk Amar Hj Abd Aziz bin Datuk Hj Husin sempena Perbarisan Perpisahan beliau sebagai Komander Rejimen 511 Askar Wataniah bertempat di stadium Majlis Daerah Saratok,tiada perkataan yang dapat ku lukiskan untuk menggambarkan perasaan aku ketika itu,hanya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat aku nikmati anugerah yang begitu istimewa pada hari tersebut....pentauliahan itu berkuatkuasa pada 14 januari 2010,terimakasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan perbarisan tersebut berjalan dengan lancarnya.
Monday, February 22, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Akhirnya....
Pada 07.02.2010 telah menerima perkhabaran gembira daripada Bahagian Pengambilan Sukarela Kuala Lumpur bahawa aku dan seorang kawan ku telah lulus dalam temuduga tauliah baru-baru ini dan tidak berapa lagi akan di tauliahkan ke pangkat leftenan Muda,cuma menunggu surat rasmi daripada BPS yang akan dihantar ke unit masing-masing.Alhamdulillah satu penantian telah berakhir dengan kejayaan....kepada kawan2 yang sering memberi sokongan termakasih banyak2.semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk kita lebih memajukan diri di masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)