Thursday, November 26, 2009

Puisi Ini Aku Deklamasikan Di Malam Terakhir Latihan Medan Hutan Lenggong Perak

DiCiptakan Khas sempena Kursus Bakal Pegawai Siri 1/2008 di Puswatan Perak pada 22 Jan 2008 hingga 20 Feb 2008

Istimewa Untuk Jurulatih
Kapten Azman Hafiz
Ssjn Mazzlan
Ssjn Ahmad
dan Seluruh warga Puswatan

Epilog P.O.COURSE

fasa 1
Ketika warga Puswatan masih lena di ulit mimpi
kami Ber PT memecah kesunyian dinihari
side roll sekeliling padang
membawa pack yang berisi pasir
sungguh letih hingga termuntah-muntah
siku adakalanya berdarah
kami benci kami menyampah
hari ini baru kami pasrah....
sebab dan dorongannya
adalah untuk ketahanan pernafasan kami...

fasa 2
Skuad dengar di sini semua sekali
apabila dapat hukuman
hormat ke hadapan hormat
kami dengan sepantasnya
membuat pergerakan mengikut hukuman
di bawah terik mentari
membakar kulit mongel yang putih melepak
kaki menjadi bengkak
akibat hentakan yang padat dan lasak
seksa hingga tak terasa
airmata mengalir di pipi
hari ini baru kami tahu dan mengerti
sebab dan dorongannya
adalah untuk menguji daya ketahanan mental kami

fasa 3
Peperangan menentang Insurgensi
kami laksanakan
jika selama ini kami sangat selesa
tidur beralaskan tilam dan penghawa dingin
kini baru kami sedari
kepayahan dan keperitan kehidupan
pejuang bangsa
serang hendap dan ronda tempur
semua memerlukan masa
jika selama ini masa bagi kami
selalu dibiarkan berlalu tanpa arah
kini baru kami sedar
sesaat itu amat-amat penting dan bermakna
seminit terleka maut padahnya

fasa 4
gali lubang tutup lubang siang dan malam
sampai tidak lena sehingga menjelang siang
dudukpun terhenggok-henggok menahan kantok
sungguh mencabar,sungguh tercabar
jika selama ini kami tertidur
tapi kini kami
seperti dikejutkan dari tidur yang panjang
walau ada ketikanya moral
kami hampir menyembah bumi
akhirnya kami kekal di sini
seperti malam ini....
berkat didikan jurulatih
berkat kesabaran jurulatih
berkat asuhan jurulatih
semangat kami berapi dan berasap kembali

hari ini tarikh perpisahan semakin menghampiri
esok lusa belum tentu
dapat bertemu lagi seperti hari ini
sebelum terlewat.....
terimakasih kepada jurulatih-jurulatih
kerana telah membentuk jati diri kami
terimakasih kerana telah menyedarkan kami
akhirnya terimakasih Puswatan...
di dadamu kami telah membuktikan
bahawasanya kami anak watan
akan sentiasa memperjuangkan
tanahair hingga ke titisan darah yang terakhir

(laungan bersama)
GEMPUR(masitah)WIRA(semua)3x

Wednesday, November 25, 2009

Catatan Dari Seorang Aku....

slm untuk semua....secara peribadi saya ingin berkongsi sedikit ceritera tentang perjalanan karier saya sebagai seorang soldadu atau askar wataniah,tahun 2005 saya menjalani latihan rekrut selama sebulan di Kem Sri Sematan Lundu,terus terang saya akui pertamakali menjejak kaki ke alam soldadu saya agak terkejut atau mengalami Culture Shock,bayangkan dari seorang awam biasa kita di latih dan cuba di bentuk untuk menjadi seorang askar terlatih yang mana latihannya mirip kepada askar regular(tetap).Dalam askar kerjasama,ketrampilan dan disiplin sangat di titik beratkan tidak kira dalam apa juga keadaan,memang itu juga lah antara objektif utama jika ingin menceburkan diri dalam ketenteraan tidak kira lah askar tetap atau wataniah(sukarela).Yang penting adalah input dan output dari latihan tersebut.....i must to be frank and tell you about this....at the beggining i was damn hate about all this nonsense regimental training,after that i was realize and accept it as a normal...thanks to God,the training were finished after one month....segalanya tetap teguh terpahat dalam sanubari ini,2006 once against training was called KADAR but this time my mind set was ready...alhamdulillah at the end of training i got the PELAJAR AKADEMIK TERBAIK AWARD....and with this great result,my unit propose me to go to PUSWATAN PERAK for POTENTIAL OFFICER TRAINING also one month....how difficult to describe how i felt during that training...biar lah menjadi rahsia....
setelah 2 tahun dalam penantian at last and if GOD WILLING on 4th Disember 2009 i have attend an interview for publish as an officer(Leftenan Muda).To me that suffice.....Thanks again for all and see u on next catatan.