DiCiptakan Khas sempena Kursus Bakal Pegawai Siri 1/2008 di Puswatan Perak pada 22 Jan 2008 hingga 20 Feb 2008
Istimewa Untuk Jurulatih
Kapten Azman Hafiz
Ssjn Mazzlan
Ssjn Ahmad
dan Seluruh warga Puswatan
Epilog P.O.COURSE
fasa 1
Ketika warga Puswatan masih lena di ulit mimpi
kami Ber PT memecah kesunyian dinihari
side roll sekeliling padang
membawa pack yang berisi pasir
sungguh letih hingga termuntah-muntah
siku adakalanya berdarah
kami benci kami menyampah
hari ini baru kami pasrah....
sebab dan dorongannya
adalah untuk ketahanan pernafasan kami...
fasa 2
Skuad dengar di sini semua sekali
apabila dapat hukuman
hormat ke hadapan hormat
kami dengan sepantasnya
membuat pergerakan mengikut hukuman
di bawah terik mentari
membakar kulit mongel yang putih melepak
kaki menjadi bengkak
akibat hentakan yang padat dan lasak
seksa hingga tak terasa
airmata mengalir di pipi
hari ini baru kami tahu dan mengerti
sebab dan dorongannya
adalah untuk menguji daya ketahanan mental kami
fasa 3
Peperangan menentang Insurgensi
kami laksanakan
jika selama ini kami sangat selesa
tidur beralaskan tilam dan penghawa dingin
kini baru kami sedari
kepayahan dan keperitan kehidupan
pejuang bangsa
serang hendap dan ronda tempur
semua memerlukan masa
jika selama ini masa bagi kami
selalu dibiarkan berlalu tanpa arah
kini baru kami sedar
sesaat itu amat-amat penting dan bermakna
seminit terleka maut padahnya
fasa 4
gali lubang tutup lubang siang dan malam
sampai tidak lena sehingga menjelang siang
dudukpun terhenggok-henggok menahan kantok
sungguh mencabar,sungguh tercabar
jika selama ini kami tertidur
tapi kini kami
seperti dikejutkan dari tidur yang panjang
walau ada ketikanya moral
kami hampir menyembah bumi
akhirnya kami kekal di sini
seperti malam ini....
berkat didikan jurulatih
berkat kesabaran jurulatih
berkat asuhan jurulatih
semangat kami berapi dan berasap kembali
hari ini tarikh perpisahan semakin menghampiri
esok lusa belum tentu
dapat bertemu lagi seperti hari ini
sebelum terlewat.....
terimakasih kepada jurulatih-jurulatih
kerana telah membentuk jati diri kami
terimakasih kerana telah menyedarkan kami
akhirnya terimakasih Puswatan...
di dadamu kami telah membuktikan
bahawasanya kami anak watan
akan sentiasa memperjuangkan
tanahair hingga ke titisan darah yang terakhir
(laungan bersama)
GEMPUR(masitah)WIRA(semua)3x
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment